Pages

Wednesday, October 31, 2012

Bahasa Jepun / Nihongo

Hari ni aku belajar bahasa jepun..Tetibe bersemangat pulak nak belajar.hehe. Nampak macam senang, sekali da belajar, perghhh susah jugak..Ade Katakana la, Hiragana la..Aku pun tak tawu ape maksudnya tu..kui3. Tapi kakak aku cakap hiragana tu macam basic je..Dia macam ade 2 jenis tulisan. haisy, dah la berbelit2 aku nak tulis tapi berjaya jugak tulis nama aku..ngah3.

wa ta shi wa a-i-na  de su!.("u" tak payah sebut. jadi des je)
わ    た   し     わ   あ- い- な   で   す!  <---- ni guna hiragana
ワ    タ         ワ  - イ- ナ    デ  ス!  <----- ni guna katakana

"Every Japanese word can be written with hiragana, but using it instead of kanji is considered to be lack of education. It is the first script that Japanese children learn in school."

Erk?.kirenye aku kena belajar hiragana la kerana masih berada di tahap KINDERGARTEN..huhuhu..
Dekat bawah ni antara basic kita greet orang & beberapa ayat sopan.



Menarik kan?. ok, ni je nak ajar. yang lain boleh nengok sendirik la yerr..hehehe.. Credit to http://www.easyjapanese.org/phrases.html 

Sayonara everybody!.. :D






Monday, October 22, 2012

Khasiat Sayur

Tadi tengah belek membelek buku masakan, terbaca pulak fakta2 pasal sayur dalam buku tu. Banyak khasiat sayur rupanya. Rugi betul orang yang tak suka makan sayur. Moh kita nengok ape yang bagusnya sayur ni :

1. Brokoli
- Kandungan kalsium dalam brokoli lebih besar berbanding segelas susu. Brokoli juga mengandungi lebih banyak serat berbanding sepotong roti.

2. Kacang Buncis
- Dapat merawat penyakit kencing manis.

3. Tauge
- Pengambilan tauge secara kerap dapat hindarkan wanita daripada :
               i- kanser payudara
              ii- Gangguan menjelang menstruasi
             iii- Simptom pramenopaus
             iv- gangguan akibat menopaus

4. Bendi
- Ni pun dapat merawat kencing manis. Biji, akar, & bunganya yang direbus membantu melawaskan pembuangan air kecil  serta kurang radang & dapat mengurangkan masalah sukar bersalin.

5. Kangkung
- Dapat menyembuhkan :
               i - merawat buasir
              ii - penyakit insomnia
             iii - migrain
             iv - melebatkan rambut

6. Kobis
- kaya dengan vitamin c, kalsium, fosforus, zat besi, potasium, vitamin A, B Kompleks

7. Rebung
- kaya dengan serat antikolesterol

8. Bayam
- Kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi. Dapat mengatasi masalah anemia, atau kurang darah.

9. Terung
- mencegah & mengubati serangan epilepsi & penyakit kejang

10. Labu Kuning
- kaya Vitamin A. Mengubati atau menghindari masalah2 berikut :
              i - masalah kulit
             ii - sakit mata
            iii - rabun (terutama waktu malam)
            iv - ketidakseimbangan gula dalam darah
            v - jangkitan penyakit
           vi - bengkak sendi & masalah paru-paru

Sekian.. peace.. :D


Thursday, October 18, 2012

Honeymoon

                   16/10/2012  Hari Selasa hari tu, aku, roomate aku, dan 2 orang budak bilik sebelah punya sebelah, borak2 dekat bilik aku. Sedang borak2 tetibe yang sorang ni, bukak cite pasal chalet atas air kat Port Dickson. Kitorang pon search kat internet, dia kata hotel tu ade kolam dalam bilik. Aku pun baru 1st time dengar ade kolam renang dalam bilik. Cari punya cari, jumpa jugak akhirnya. Hotel Grand Lexis tak silap aku nama dia. Perghh, ade kolam mandi dalam bilik. Yang budak sorang ni cakap dia nak pergi honeymoon dengan suami dia kat situ kalau da kahwin nanti. Senang, tak yah susah2 nak turun mandi kat kolam renang terbuka. Takde privacy katanya. haha. Apa2 ajelah.

Ni la hotelnya :

Private Pool dalam setiap bilik


Cantikkan?? suka2.. ^_^

                 Tengah borak2 pasal honeymoon, tetibe aku bagi cadangan suruh pergi honeymoon dekat Maldives. Tempat tu kakak aku memang suka sangat sebab dulu dia tengok WGM Nichkhun & Victoria pergi situ. Air laut dia memang clean & clear okeyh tapi budak2 ni marah aku. "Memang aku banyak duit". =..=' eheh.. Janganla marah.. Namanya pun cadangan an..hehe..


Maldives!!.Wa lah!:










Sape yang taknak weyh??..Best kot. Tapiii, pitis nya satu hal jugak..Hmmm, berangan je la..Moh ler kita berangan beramai2. haha. Someday..maybe..who knows..



Melaka Wonderland

           9/3/2012  Waktu ni aku sem 4. Aku dengan 2 orang roomate aku pergi Melaka Wonderland. Ni pun salah satu daripada aktiviti yang tak dirancang/spontan. Mula2 kitorang semua tengah bosan pastu tetibe rasa macam nak pergi mandi manda. Terus google pasal tempat mandi kat Melaka. Tengok harga A'Famosa mahal sangat. Pastu tetibe ade sape ntah yang cakap pasal Melaka Wonderland. Siyes tak pernah dengar & tak tawu pun yang tempat ni wujud.

          Cari kat internet semua, tengok harga pon tak mahal, terus kitorang tempah kereta sewa. Petang tu, keluar pergi bandar cari seluar tight dengan T-shirt. Maghrib camtu baru balik bilik. Sampai bilik je terus packing. Memang semangat gilerr. 1st time ni nak keluar pergi Melaka sendiri. Waktu ni pon time2 dah nak exam. Kitorang memang suka keluar time exam. Kenapa ntah. haha.


           Pagi tu kitorang terus bertolak. Dalam 2 jam camtu, kitorang sampai Melaka Wonderland. Tapi tak bukak lagi. So, kitorang pon tunggu la kat luar sambil makan biskut Famous Amos. Lama2 orang pun makin ramai datang. Tapi tak ramai sangat sebab hari Jumaat masa tu. Masuk je dalam tu, terus serbu slide2 yang ade. Memang Semua slide kitorang main.


          Slide yang paling hebat kat situ, "Grandpa Clock". Perghhh, cam nak tercabut jantung ni. Dia kena naik 2 orang (Double Tube) pastu slide dia bentuk 'U'. Waktu abang tu campak pelampung kitorang tu, kitorang punya menjerit rasanya sebatu pun da boleh dengar kot..haha.Memang best la. Aku naik 3 kali. Satu lagi yang best, slide kamikaze. Ade 5 lane rasanya, kena meniarap atas cam lapik, pastu tolak guna kaki & lapik tu akan slide la. Ni pun cam nak tercabut jantung gak. Best2. Ni 3 kali kitorang naik.


Ni la dia. Tadaaa!! :




Pintu Gerbang
 
Tempat mandi budak2. Tapi best wooo.
 TORNADO CHASER. 
KAMIKAZE SLIDE
Ni ntah ape namanya ntah
Pandangan atas dari gelongsor bentuk 'U' yang menakutkan tu.Gayat tak??.hehe

             Buang duit kat sini memang berbaloi. Nak bawa family ke, pasangan ke, kawan ke, sesiapa je la. Bawak jangan tak bawak. Memang berbaloi duit anda2 semua. Saya memang sarankan anda pergi. Memang rugi kalau tak pergi. hehe.Kami pun bercadang nak pergi lagi ke sana sem depan ni. Tapi takde kata putus lagi. Sekarang Melaka Wonderland dah tambah macam2 lagi permainan. Lagi teruja nak pergi. Melaka Wonderland!!! wait for us!!..hehe..

Wednesday, October 17, 2012

Kuantan

          Ni sambung cerita dari Gambang tadi. Haa, lepas kitorang keluar dari Water park tu, roomate aku tu ajak pegi makan kat Kuantan. Aku yang ngok Geograpi ni pon setuju je la. Sekali tangok perjalanan jauh. satu jam jugak la. Nak pergi makan je pun. Memang kelaparan la kitorang dalam kereta tuh. Amacam?. jauh tak kitorang jalan??..haa, hebat kan kitorang.. agagagaga..

         Sampai je Kuantan, kitorang sume cam tak percaya je. Betul ke kita da jejak Kuantan??.cam tak percaya jer. haha. Dalam perjalanan nak cari kedai makan, tersesat pulak. Sampai terjumpa rumah Timbalan Menteri Pahang. Last2 jumpa jugak kedai makan kat area2 situ. Tepi pantai lagiii. syok2. (^_^) .  Aku dengan budak bilik sebelah ni, memang gila makanan pedas. kitorang order nasi goreng yang pedas, sekali sampai tak pedas langsung. Kuciwawawawa..


Ni antara gambo2 kat Kuantan. Enjoyyy :..



Selamat Datang!!..yer2, terima kasih..hehe

Nan senja di tepi pantai

Air laut yg dah surut

Saje letak gambo pokok2 kat tepi kedai mkn tu.. :D

KUANTAN


         Ape pun, perjalanan kitorang hari tu memang best la. Kitorang sekarang tengah merancang nak ke tempat lain pulak. Ke mana pula yerr??..Tungguuu..hehe


Gambang Water Park

        29/9/2012 yang lepas, aku dengan roomate aku pergi Bukit Gambang Water park. Al kisahnya cenggini. Si roomate aku yang sorang ni memang da lama sangat nak pergi Bukit Gambang. Nak mandi2 katanya. Dia ni, kalau dia kata dia nak pergi, dia NAK JUGAK pergi. Mula2 aku macam tak berminat sangat nak pergi sebab ramai orang cakap tak best. Best lagi Melaka Wonderland. Camtu la lebih kurang, tapi budak sorang ni tak percaya. Dia kena pergi sendiri dulu baru dia percaya.

       Boleh pulak time 3 hari lagi nak periksa hari tu aku tetibe rasa bosan ya amat la. Dia pun dengan spontan cakap "jom pergi Gambang nak?". Aku pun secara spontan jugak jawab " JOM!". Haa, kitorang pun apelagi berlari2 balik bilik terus mesej abang kereta sewa. Tapi ade masalah dengan abg tu pulak. Kitorang pun terus rasa cam malas nak pergi. Diam je semua dalam bilik. Tetibe datang budak bilik sebelah. Kitorang ajak dia, dia terus on. Dia pulak ade kawan yg ade kereta. Memang langkah kanan la.


       Kitorang bertolak pukul 7.30 pagi. Daripada UiTM Segamat roomate aku yang sorang ni drive sampai Gambang pukul 10.00 pagi. Da la dengan tak makannya. Nampak tak excitednye?.huhu..Sampai2 je Gambang, terus cari parking & beli tiket. Ramai jugak orang hari tu. Memang cuci mata la kitorang. Roomate aku yang sorang tu memang excited gilerr. Impian jadi kenyataan la katakan..




Awal perjalanan. Ikut jalan dalam. Kabus pagi yang indah & sejuk. ^_^


Yeay!!.Sampai destinasi yang dituju.


Antara slides yg ade kat sana

            Sampai je kat sana, terus tukar baju, bayar pelampung, bayar sohsehsohseh lagi. Pastu terus berpesta ler kat sana. Kitorang mandi manda memang tak hengat dunia la. Da cam orang gila nampak air da. huhu. Tapi Gambang ni agak mengecewakan la. Pastu peristiwa pelampung hilang lagi. Haihh..Sabor aje la. Kitorang mandi sekejap je pastu terus balik. Tapi, tak balik lagi..will be continue...agagaga..