Pages

Thursday, October 18, 2012

Melaka Wonderland

           9/3/2012  Waktu ni aku sem 4. Aku dengan 2 orang roomate aku pergi Melaka Wonderland. Ni pun salah satu daripada aktiviti yang tak dirancang/spontan. Mula2 kitorang semua tengah bosan pastu tetibe rasa macam nak pergi mandi manda. Terus google pasal tempat mandi kat Melaka. Tengok harga A'Famosa mahal sangat. Pastu tetibe ade sape ntah yang cakap pasal Melaka Wonderland. Siyes tak pernah dengar & tak tawu pun yang tempat ni wujud.

          Cari kat internet semua, tengok harga pon tak mahal, terus kitorang tempah kereta sewa. Petang tu, keluar pergi bandar cari seluar tight dengan T-shirt. Maghrib camtu baru balik bilik. Sampai bilik je terus packing. Memang semangat gilerr. 1st time ni nak keluar pergi Melaka sendiri. Waktu ni pon time2 dah nak exam. Kitorang memang suka keluar time exam. Kenapa ntah. haha.


           Pagi tu kitorang terus bertolak. Dalam 2 jam camtu, kitorang sampai Melaka Wonderland. Tapi tak bukak lagi. So, kitorang pon tunggu la kat luar sambil makan biskut Famous Amos. Lama2 orang pun makin ramai datang. Tapi tak ramai sangat sebab hari Jumaat masa tu. Masuk je dalam tu, terus serbu slide2 yang ade. Memang Semua slide kitorang main.


          Slide yang paling hebat kat situ, "Grandpa Clock". Perghhh, cam nak tercabut jantung ni. Dia kena naik 2 orang (Double Tube) pastu slide dia bentuk 'U'. Waktu abang tu campak pelampung kitorang tu, kitorang punya menjerit rasanya sebatu pun da boleh dengar kot..haha.Memang best la. Aku naik 3 kali. Satu lagi yang best, slide kamikaze. Ade 5 lane rasanya, kena meniarap atas cam lapik, pastu tolak guna kaki & lapik tu akan slide la. Ni pun cam nak tercabut jantung gak. Best2. Ni 3 kali kitorang naik.


Ni la dia. Tadaaa!! :




Pintu Gerbang
 
Tempat mandi budak2. Tapi best wooo.
 TORNADO CHASER. 
KAMIKAZE SLIDE
Ni ntah ape namanya ntah
Pandangan atas dari gelongsor bentuk 'U' yang menakutkan tu.Gayat tak??.hehe

             Buang duit kat sini memang berbaloi. Nak bawa family ke, pasangan ke, kawan ke, sesiapa je la. Bawak jangan tak bawak. Memang berbaloi duit anda2 semua. Saya memang sarankan anda pergi. Memang rugi kalau tak pergi. hehe.Kami pun bercadang nak pergi lagi ke sana sem depan ni. Tapi takde kata putus lagi. Sekarang Melaka Wonderland dah tambah macam2 lagi permainan. Lagi teruja nak pergi. Melaka Wonderland!!! wait for us!!..hehe..